Semasa isteri aku mengambil foto ini, Danial terus berlari ke arah aku dan berdiri di sebelah.
Orang kata "practice make perfect".. jadi memandangkan tahun 2009 aku ada jugak buat latihan tubi tapi aku rasa tidak begitu memadai. Jadi tahun 2010 aku buat pendekatan baru.. aku cabar diriku untuk menghasilan sekurang-kurangnya 1 foto setiap hari. Jadi project pertama aku ni adalah "365 days of light". Kenapa "365 days of light"? Aku ingin memahirkan diriku dalam penguasaan pencahayaan, tak kira dari mana datangnya cahaya tersebut. (maknanya selain nak menguasai pencahayaan, setting-setting pada kamera pun harus dikuasai ler...)
Jika sesiapa yg berminat nak tag along atau nak jadi model (sukarela) dipersilakan. Apa yang anda shoot nanti adalah milik anda. Bagi yang nak jadi model, insyaallah salinan imej dlm bentuk cd akan diberi. Mungkin aku akan print satu size 8r untuk anda.
Sila email nama anda dan no telefon ke : ydrahus@yahoo.com atau sesiapa yg ada fb, ada je email tu. Saya akan inform bila dan dimana photoshoot akan dijalankan...




0 comments:
Post a Comment