Foto ini diambil beberapa hari yang lepas semasa saya di Kuching. Sesiapa yg datang ke Kuching mesti akan mengambil foto bangunan DUN yang terletak di seberang Sungai Sarawak. Kebetulan ada sesuatu yang menarik perhatian saya semasa saya melalui jalan tersebut. Terdapat 3 sejarah yang berbeza dari 3 dekad yang berbeza iaitu Kota Lama (1879), kereta Proton Saga (1985) dan Bangunan DUN Sarawak (2009).
Foto ini adalah hasil dari 7 pencahayaan yang berbeza dan telah di tone HDR menggunakan Phototomatix dan kemudian diedit lagi menggunakan Photoshop CS3.
Ini adalah hasil yang telah di tone tetapi belum diedit
dan ini adalah salah satu daripada imej asal
Anda boleh melihat lagi disini






0 comments:
Post a Comment