Hujung minggu lepas aku telah diminta oleh anak saudara aku sendiri untuk mengambil foto-foto kahwin beliau. Hafizah adalah merupakan anak saudara aku sendiri. Majlis akad nikah telah diadakan di rumah pada 28 November 2009 dan majlis persandingan telah diadakan di dewan MUC pada 29 November 2009.
Agak menyeronokan semasa mengambil foto kahwin pasangan ini sebab bagi Hafizah, dia sangat suka bergambar. Pantang disuruh melihat kamera, mesti dia akan menunjukan pose-pose yang menarik. Bagi Kasmidi pula, dia ni agak malu-malu sikit, jarang bertutur. Kasmidi berasal dari Terengganu dan pernah berkerja di Sarawak. Jadi dia ni agak fasih bertutur bahasa Sarawak tetapi aku kadang-kadang terlupa yang dia ni pandai bertutur bahasa Sarawak. Setiap kali aku bertutur menggunakan bahasa Malaysia, si Hafizah akan menyuruh aku bertutur bahasa Sarawak dengan nya.
Memandangkan dia ni anak buah aku, jadi buat extra special sikit foto perkahwinan mereka terutama pada sesi outdoor.











5 comments:
pic last kalik ya kacak bang hardy. wahhh gney ktk polah?
Tq... maok molah cam ya juakkah... kelak kmk molah kei kitak...
software pa? style juak. hehe. polah k kamek? brapa byr? ya tnyak lok :p
Mun on request ada charge. Mun kmk org ada outing, FOC. merik soft copy kat kitak. makei Adobe Photoshop 3
oh. thanks. kamek da adobe photoshop 2 p ya pn xpat install. x tauk pahal.
Post a Comment