Suhardy Photography

The next door photographer

All photos in my photostream are copyright © Suhardy Busserah. All rights reserved. If you wish any of my photos to be published in your website, please contact me. Thank you.
Friday, 30 October 2009

Metering modes pada kamera anda

Posted by Hardy

Semenjak anda membeli kamera pernah tak anda terfikir apakah fungsi "metering modes" ini. Bagi yang dah lama berkecimpung, mesti anda dah tau fungsi benda ini. Ini aku cuma nak bagi tau kat kawan-kawan aku yang baru nak belajar fotografi ni. Disebabkan aku tak ada masa nak beristirehat bersama mereka dan cakap-cakap tentang fotografi ni, jadi aku post saja dalam blog aku ni. Bagi yang dah tau tu, tolong tambah-tambah lah apa-apa yang kurang.

Biasanya ada 3 metering modes, bagi kamera aku lah. Kalau kamera kawan-kawan yang lain ada lebig dari 3 tak tau lah aku cam mana nak explain nanti. 1. Center Weighted, 2. Matrix dan 3. Spot.

Masing-masing ada fungsi tersendiri dan bila hendak menggunakannya. Yang aku nak jelaskan ini adalah untuk memberi idea kepada "kawan-kawan" aku tentang metering modes ni. Jadi lepas ni, mungkin anda akan selalu memutar punat metering ni.

Untuk memahami bagaimana kegunaan pelbagai mod metering ni, aku telah buat satu set ujian menembak untuk melihat perbezaannya.

Aku akan jelaskan secara ringkas yang boleh sebab aku tak nak "kawan-kawan" aku terkeliru dan membaca 51 kali apa yang aku nak jelaskan ini.

Aku menggunakan setting "Aperture Priority" atau dalam bahasa Melayu nya disebut "keutamaan diafragma" (betul ke?) (dimana aku akan menkontrol diafragma manakala kecepatan rana (shuuter speed ler tu) akan mengikuti keadaan sekeliling) <--- ni khas untuk "kawan-kawan" yang baru nak belajar.

Subject aku adalah buah rambutan (memandangkan musim buah di sini) diatas lapisan plastik putih dan hanya menggunakan cahaya sedia ada (available light) daripada matahari dengan menggunakan kamera Nikon D300 aku.

Diafragma aku setkan kepada f/2.8 dan EV aku biarkan "0"

ADY_6629
1/125 @ f/2.8, ISO200

ADY_6630
1/30 @ f/2.8 ISO200

Untuk foto pertama aku gunakan metering "center weighted" dan foto kedua aku gunakan "spot" Lihat perbezaan pada kedua-dua foto tersebut. Yang mana satu lebih sedap dimakan. Kenapa menjadi 2 foto yang berbeza iaitu yang agak kelam dan yang agak terang.

Center weigthed kebiasaan nya akan mengambil hampir keseluruhan kawasan yang digambar dan membahagikan purata yang mana patut dikira. Memandangkan disekeliling buah rambutan itu putih, maka ianya menganggap kawasan agak terang dan secara langsung akan mengimbangi foto tersebut agar ianya beranggapan hasilnya nanti tidak akan menjadi terlampau terang. Maka hasilnya, buah rambutan tersebut nampak gelap.

Bagi "spot" pula ianya akan fokus pada satu titik fokus sahaja dan tidak mengambil kira kawasan sekeliling. Jadi untuk foto kedua, saya tumpukan titik fokus kepada bahagian yang hitam pada buah rambutan tersebut dan ianya terus beranggapan yang buah tersebut agak gelap dan perlu lebih terang agar kawasan hitam tersebut akan nampak jelas.

Bagi "matrix" pula, untuk ujian foto macam ni, ianya akan serupa dengan "center weighted" juga memandangkan kawasan tidak begitu luas.

Anda harus mengetahui meter mana yang perlu digunakan untuk setiap foto yang anda ingin ambik dan tidak bermakna jika and menggunakan meter tersebut, hasilnya akan menjadi yang terbaik. Anda harus tahu untuk menggunakan +ev dan juga -ev.

0 comments:

Disclaimer

The opinions expressed herein are my own personal opinions and do not represent other people's view in anyway. Reproduction, transfer, distribution or storage of part or all of the contents in any form or medium without express written permission is prohibited except in accordance with the following permission. All other products, logos and company mentioned in this weblog may be trademarks of their respective owners. I shall not be responsible for any damages suffered as a result of your use of the information in this weblog and in no event shall I be liable for any indirect punitive or consequential damage howsoever arising from your use of this weblog or the information contained herein. No animals, plants, or any other living things were harmed during the making of this disclaimer.

Tetamu yang datang

Followers

My IP